Friday, March 14, 2008

Buku Best!

Hello.

Hari ini, saya habis membaca buku cerita novel Inggeris. Plotnya agak menarik tetapi jalan ceritanya telalu panjang, hampir-hampir hendak tidur. Tajuk bukunya ialah "In Her Shoes" dan ia ditulis oleh Jennifer Weiner.

Ceritanya pasal seorang gadis bernama Rose Feller, dia berumur 30 tahun dan dia seorang peguam yang berjaya. Walaupun dia hidup dengan mewah, dia tidak pernah berasa bahagia. Dia bukannya cantik seperti adik perempuannya,Maggie, dan dia sukar hendak bergaya. Malahan,adiknya pula suka melawa dan banyak lelaki terpikat dengannya. Tetapi, Rose tidak ambil hati kerana dia tahu dia seorang wanita yang matang dan pandai berdikari sendiri. Maggie pula tidak ada kerja kekal, dia juga bukan bijak seperti kakaknya dan terpaksa memgambil perlindungan di 'apartment' kakaknya sendiri.

Kedua adik-beradik ini memang sukar hendak bekerjasama walaupun Rose sudah banyak menolong adiknya sejak kecil lagi. Sebab itu,tajuk buku cerita ini berdasarkan kehidupan mereka yang berlainan.

Pada suatu hari, mereka mendapat tahu bahawa nenek mereka masih hidup.Berita ini sangat mengejutkan kerana mereka sudah lama tidak mendengar khabar dari neneknya selepas ibu mereka meninggal dunia 24 tahun yang lalu.
Akhirnya,Maggie berjumpa dengan neneknya untuk pertama kali selepas perselisihan antara dia dan kakaknya belum lena.Sejak pertemuan itu,Maggie belajar daripada kesilapannya dan sikap buruknya itu.

"In Her Shoes"
Suatu buku yang saya merekemenkan kepada semua.

No comments: